nuffnang ads

Thursday 26 April 2012

Berakhir Sudah

Apa yang berakhir???  nak citer ke tak ni huhuhu. tak boleh citer, biar la rahsia huhuhu.. macam mane pun hidup harus diteruskan...


p/s: hepi sokmo hehehe

Thursday 19 April 2012

Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat

Pernahkah anda mendengar soalan ini... Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?
Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:
"Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat".
Sedangkan kita boleh sahaja terus menyebut ayat ini sambil berdoa:
"Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak".






Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda: "Tiada si bujang di dalam syurga" – (HR Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."

erobik lagi

Semalam dah masuk minggu ke dua aku ikut dorang pegi erobik dan jogging. semalam pengajarnya lelaki. hari tu dorang dah cakap kalau hari rabu ramai yang join sebab pengajar lelaki pastu encem pulak hihihhi. tapi memang betoi pun encem la jugak (dah ada gf la, gf dia pun ada semalam hihihi). aku tak tau sebab rabu lepas cuti umum so tak ada la erobik. bangun pagi tadi badan aku sakit sakit rasa macam hari yang mula mula join. mayb sebab banyak pergerakan kot. hari ni tak ada erobik so pegi jogging jela dari tak ada buat pape kat umah kan. 


macam ni lah aku kot hahaha... gamba hiasan je tak sempat nak snap gamba.



gambar hiasan semata mata..


setakat ni aku tak timbang lagi berat badan aku. tak tau turun ke naik mesti la turun kan hahaha. tak kisah la.  tapi sekarang aku rasa badan aku macam dah ringan je sejak erobik ni. i like hehehe... hujung minggu kalau boleh aku memang nak pegi jogging tapi aku malu nak jogging sorang sorang huhuhu. bestnya kalau ada kawan kat blok aku ni hihihi. tak apa aku rehat je la kat umah, basuh baju yang seminggu tak dibasuh, kemas bilik, yang paling penting boleh bangun lambat hehehe.. kadang kadang pegi umah kakak kat seremban, lepak lepak kat sana. kat sana pun ada arobik jugak , malas dengan  rajin je hehehe. kalau ada yang ajak aku mungkin rajin la kot. sebab kat sana tak boleh bangun lambat nanti ada orang bising dari telinga disakiti baik bangun awal kan lepas solat subuh dah tak boleh tido. tgok tv makan tu jela keje. pastu layan anak buah kalau dorang dah bangun.

p/s : nak snap gmba jogging n erobik ntah tak tau bila boleh snap, kalau ada aku letak kat blog ni hehehe..

Monday 16 April 2012

copy n paste 3

Sayang...., Bahagiakah Kita ??


Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.


Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...


"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."


Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.


Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?


Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.
Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.


Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.
Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.


Bahagia Itu dari Hati yang Tenang


Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.


Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada
Penciptanya (Allah).


Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)


Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?


Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.


Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?


Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?


Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.


Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.


Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.


Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.


Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.


Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.


Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.


Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?

Sunday 15 April 2012

copy n paste 2

Bertudung Or Yang Menutup Aurat??
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“ Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !”

“ Haa? Kenapa?”

“ Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat.”

Alhamdulillah.. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.

Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.




Hayati kembali perintah Allah ini;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[33:59]

Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang ‘bertudung tapi mendedahkan aurat’. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.

Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.

++++

“ Cerewet sungguh orang-orang mukmin!”

Ya.. memang cerewet ! hehee..

Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.

Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.

Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” 
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,

" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci." 
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]

Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?

Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

++++

“ Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna.”

Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.

Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!


الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."[24:26]





Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

Friday 13 April 2012

bukan buang lemak just untuk kesihatan

sekarang aku ikut dorang pegi senang tari (erobik) dorang tu adalah k.thila dan zila. best jugak. baru seminggu aku ikut. isnin , selasa, rabu erobik, khamis jumaat jogging. aku bukan nak kurus sebab aku memang dah kurus tu orang yang kata la hihihi... sebenarnya untuk kesihatan la.. makan makan tapi tak ada buat exercise.

seronok jugak dari tak ada buat pape kat rumah kan. balik keje terus pegi. badan pun macam dah ringan. tido malam best lena sampai ke pagi sebab penat kan.  hari ni aku tak leh ikut sebab nak kena teman kakak pegi pasar. huhuhu sedih.. apa la aku tu pun nak sedih hahaha.. rasa macam sayang pulak nak tinggal. tak apa la ari isnin pulak.

korang tunggu aku tau hihihi. mula mula tak nak la ikut hari hari kesian k.thila nak kena anta kat rumah Tapi macam best pulak. memang best la.. thanx k.thila tumpangkan saya.

p/s : 18.4.2012 kak thila dah kena lapor diri kat cagaran :'( . (pertukaran dalaman) tapi aktiviti tetap diteruskan.

Wednesday 11 April 2012

jalan jalan

Citer ni berlaku dua minggu lepas, dah basi dah pun hehehe....ari tu kakak aku ajak teman dia  pegi bangi tempah baju..kebetulan pulak kakak aku yang no 2 tinggal kete.dia balik kampung laki dia...so leh la aku bawak hihihi..aku jarang  drive maklum la aku tak mampu nak beli keta huhuhu so aku pakai la orang punya.kakak aku yang ni susah cikit nk drive keta kat tempat cam tu..dia tu penakut cikit..so dengan keberanian aku, aku drive la tu pun bawak slow slow je hihihi...orang kata  auto senang je memang la senang tapi lam hati still ada peasaan nerves.lagi lagi pakai keta orang takut jugak kan.tima pegi ok je aku bawak xkena hon xkena ape pn Alhamdulillah..

akhirnya sampai jugak aku tempat yang dituju aku tak bape ingat nama kedai tu..dekat dengan manjaku..lepas tu kteorang pegi kedai manjaku..aku xde ape pun nak dibeli..belek belek cuci mata je..kakak aku saje nak survey hadiah besday Amani(anak buah aku) sambil layan Akmal sempat lagi aku tangkap gamba dia...


akmal ni memang tak bole tgok bola..kalau tgok mesti dia nak..tak beli pun kat umah penuh bola dia..



suka pulak dia dok atas moto tu..mahal tak leh nak beli..huhuhuhu


Bila tima balik aku nyaris nak langgat keta orang tapi bukan salah aku sebab keta sebelah kiri aku tu tak menyempat nk masuk lorong aku nasib aku sempat mengelak lepas bole pulak mamat tu senyum kat aku..aku jeling je jahatkan aku hahahaha..bedebar weh (alam hati nasib baik aku sempat mengelak kalau tak habis la aku..huhuhuhu.)

balik dari bangi kteorang  jalan jalan kat Alamanda pulak hihihi...aku pun memang ada barang nak dibeli..makan ,beli barang terus balik.dah penat dah huhuhu....akmal pun dah bosan.asyik buat hal je..dalam kul 6 lebih kteorang kuar dri alamanda.pastu kakak nak singgah darul salam ada lagi barang yang dibeli.aku akmal and adik tunggu kat keta je malas nak ikut kaki malas nak jalan.time tunggu akak kteorang sempat lagi tangkap gamba bosan tunggu kakak hehehehe..dengan aircond aku xpasang berpeluh peluh akmal jahat betoi mak cik dia ni hihihi..

walaupun bosan muka still hepi kan kan hahaha...



akmal sibuk nak men game dia..
 lepas tu terus balik rumah da.huh penat...

Monday 9 April 2012

copy and paste je..

 KESIMPULAN DARIPADA KEHIDUPAN




Kita ini hanyalah bilangan hari dan waktu. Apabila sebahagian bilangan itu pergi, pergilah sebahagian dari kita ini.
Setiap bilah hari yang meninggalkan kita, membawa bersamanya pelbagai coretan, kenangan, rahsia, cerita, derita, bahagia dan segala rupa warna dan rasa.

Sebahagian yang tinggal menunggu giliran untuk melalui peristiwa yang sama.
Mungkin berbeza nama hari, bulan dan tahun, tetapi tetap sama pada keadaan dan peranan.
Ia akan membawa lagi sebahagian dari kita pergi meninggalkan kehidupan dunia ini. Sehinggalah pada saat tamatnya bilangan terakhir, maka ketika itu berakhirlah kehidupan kita di dunia ini.

Walaupun saban waktu dan hari bilangan itu pergi tidak kembali lagi, tetapi ia tetap meninggalkan kesan pada bilangan yang masih ada.
Kenangan, peristiwa, pengajaran dan bekalan yang dikutip oleh hari-hari semalam ditinggalkan untuk hari-hari mendatang. Adakala ia pahit, adakala manis, adakala kita membencinya, adakala kita menangisi kehilangannya dan adakala kita ingin melupai dan mengharapkan supaya bilangan itu tidak pernah wujud dalam diari kehidupan kita. Bilangan yang pergi dan datang jua menyimpan pelbagai rahsia setiap kita.

Bukan semua babak lakonan setiap insan diketahui oleh orang lain. Sebahagian besarnya adalah rahsia kehidupan, hanya dia dan Tuhan. Beruntunglah insan yang rahsianya di sisi Yang Maha Esa lebih baik dari apa yang disangka oleh manusia.
Ramai yang seakan merasa segala kezaliman dan kekejamannya ke atas orang lain berakhir dengan berlalunya hari-hari dirinya dan orang lain. Segalanya dilupa.
Tapi, kesan kesakitan dan luka yang ditinggalkan oleh hari-hari semalam tidak semestinya dilupai oleh yang dizalimi. Hari-hari yang pergi mewarisi luka-luka yang terpalit dalam memori.

Si mangsa tidak lupa. Allah juga tidak lupa, akan hari pembalasanNYA. Samada pembalasan itu hadir dalam baki hari-hari duniawi yang masih tertinggal ataupun pada Hari Pembalasan yang sangat agung.
Ataupun, pembalasan itu akan tiba dalam dua alam; dunia yang fana ini dan akhirat yang kekal abadi. Ataupun, Allah mengampunkannya atas ilmuNYA yang DIA Maha Tahu.
Hari yang pergi, jika ia kejelekan dan kotor hitam, kita diberi peluang untuk mengindahkan dan memutihkannya pada hari-hari yang masih berbaki. Adakala kejelekan itu tidak boleh diindahkan kembali melainkan melalui proses yang panjang. Adakala kekotoran dan kehitaman itu tidak boleh dicuci dan diputihkan dengan mudah. Mengambil masa yang lama dan memerlukan bahan pembersih yang banyak.

Ada kalanya pula, kita telah benar-benar membersihkannya namun oleh kerana warna hitam semalam terlalu kuat mempengaruhi pemikiran sebahagian orang, lantas mereka tetap menafikan warna putih, ataupun kain yang sudah kita bersih pada hari-hari yang berbaki. Mungkin mereka tahu hakikatnya telah suci, tapi masih ingin menafi atas sifat rakus insani. Ataupun, memang rupa jelek atau warna hitam semalam telah benar-benar membutakan mata dari melihat warna murni hari ini.
Namun, kita perlu yakin tanpa syak bahawa Allah benar-benar mengetahui segalanya. Dia Maha Mengetahui antara yang hitam dan putih, antara yang bersih dan kotor. Dia Mengetahui siapa hambaNYA yang bertaubat, siapa pula hambaNYA yang keras jantung hati. Penilaian Tuhan sentiasa adil tanpa kekurangan.

Hari-hari yang baki memberi peluang insan membaiki diri. Bahkan dengan keikhlasan kepada Tuhan, kebaikan hari ini dapat memadamkan keburukan hari semalam.
Sebahagian manusia pula menyangka bahawa kemanisan hari-hari yang pergi akan terus diwarisi tanpa siapa yang dapat menghalangi.
Tiba-tiba dia sedar, bahawa hari-hari yang berbaki tidak semestinya menjejaki warna-warna indah, ceria dan bahagia yang telah pergi meninggalkannya.

Duka mengambil tempat suka, derita merampas hari-hari bahagia. Sekali lagi diingatkan agar insan sentiasa bersyukur atas apa yang telah diberikan dan memohonkan dikekalkan nikmat kurniaan. Disuruh kita membunuh rasa bongkak dan takabur atas kurnia nikmat, kerana segalanya mungkin saja bertukar.
Senggara itu boleh menjelma dalam pelbagai rupa. Walaupun sang raja masih hidup di istana mewahnya, namun senggara boleh masuk dan mencabut gembira dan bahagia sekalipun dia masih berada atas singgahsana empuknya.
Kepada Allah juga pengharapan dalam setiap detik kehidupan. Dia Yang Memberikan segala kurnia sebagai ujian untuk sebahagian hamba-hambaNYA.

Hari-hari yang pergi dengan penuh dengan tangisan dan kesedihan tidak semestinya mewarisi airmata derita dan wajah duka untuk hari-hari yang menjelma selepasnya.
Tangisan dari sepasang mata mungkin terus mengalir pada hari yang berbaki, tetapi disebabkan gembira dan bahagia. Bukan lagi disebabkan sengsara. Hari-hari yang datang, tidak semestinya mencontohi lagi hari semalam. Bahkan derita semalam, memuncakkan kenikmatan apabila kebahgiaan menjelma pada hari ini.

Siapakah penentu segalanya? Allah. Allah. Allah tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Menguasai segalanya. Maka jangan hairan wahai teman, jika anda melihat yang miskin bertukar menjadi kaya, yang sengsara bertukar bahagia. Juga jangan hairan, jika berlaku hal yang sebaliknya. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, akan dibukakan baginya pelbagai keajaiban yang tidak disangka.
Akhirnya kita akui bahawa, kita hanya bilangan hari. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan detik dan waktu. Kita semua akan sampai pada saat bilangan detik yang terakhir.
Di kala itu tamatlah segala drama dan babak-babaknya yang kita lalui di atas pentas dunia yang fana. Menunggu saat perhitungan Tuhan atas segala cerita yang kita lakonkan.

Segala lenggang lenggok watak dan gaya kita, telah tamat dengan berakhirnya bilah terakhir yang pergi dan tiada yang datang lagi. Tiada subsidi waktu dan hari yang mampu diberikan oleh sesiapa pun.
Segalanya kenangan bagi semua drama kehidupan. Tiada lagi teman, tiada lagi harta dan tiada lagi senyum tawa. Derita dan derita. Atau pun, tiada lagi derita, tiada lagi sengsara. Bahagia dan bahagia.
Di kala itu kita akan hidup dalam bilangan hari yang tiada kesudahan, dan waktu yang tiada berbaki. Ya Allah! Ampunilah kami ini.

aku copy n paste  je dari  : )  :-
- Artikel iluvislam.com

anak buah aku

Ni kisah anak buah aku..macam la aku sorang je ada anak saudara kan kan hehehe...nak citer pasal aku,xde pape pun nak diciterkan.aku kan low profile hahaha..ok aku ada anak buah dua orang je..mohammad akmal hadif (satu tahun 11 bulan)anak kakak aku yang sulong ,dan Maryam Amani (satu tahun satu bulan) kakak aku yang ke dua..cute kan nama dorang..yang ke tiga plak aku.aku xde anak lagi coz aku xkawen lg hehehe...lom sampai seru lg huhuhu...


ni akmal hadif time kecik.akmal time kecik bulat

ni gmba akmal terkini.besar dah xbulat dah hihihi

gmba Amani baru lahir




gamba Amani xsampai setaun ,sekarang Amani dah setahun satu bulan.xde beza pn ngn sekarang.yang pegang amani aku la hehehehe

baju same tok ma yang belikan..thanz tok ma..

rindu sangat sangat dorang ni padahal dengan akmal aku hari hari jumpa mane taknya duduk satu rumah hehehe..Amani la aku jarang jumpa..cik windu amani tau tau (cik panggilan tuk aku)..mereka ni cucu kesayangan Puan Maznah (ibuku)btoi ka, iye la kot hihihihi...anak buah kesayangan kami sume..kami sayang dorang ni..walaupun kadangkala dorang ni nakal kami tetap sayang dorang....Amani ok lagi coz die tak bape nk aktif lg lagipun mayb sebab dia pompuan kot..akmal la paling aktif..kadang kadang aku xlarat nk layan dia..dia cakap pun aku tak paham mane taknya dia guna bahasa dia.mulut cam pompuan pot pet pot pet...hihihi layan jela....

kalau berkumpul ramai ramai memang best..riuh cam ada budak 10 orang je ..
hepi my fmly : )...



Wednesday 4 April 2012

dua dalam satu

hai hai hai...:)

sekarang ni aku rasa aku macam d da rajin sikit nk update blog aku ni.sikit jela..hihihi..harap harap aku rajin sokmo la ye hehehe.Semalam blik keje aku g pasar tani kat depan ofis jp teman akak bli barang barang makan..sampai umah terus solat asar pastu bukak tenet upload gamba sukan baucer..gamba diambil tak silap aku pada ari isnin.gamba gamba adalah seperti berikut hihiihi..:


sempat lg ek penyokong ni hihihi

lagi tapi dah tambah sorg lg hehehe
hepi je korang lawan ek..good2 hihihi

k.mie seriusnya

1 anak dara 2 mak dara..hihihi


semoga enjoy menegok gamba gamba seperti di atas hihihi...












Monday 2 April 2012

baby kwn ofis....

Ni  dio ank k.azizah subuh kawan ofis aku..jumaat lepas aku dan kawan kawan ofis  p tgok..sila la tgok pic baby kt bawah tu ye dua keping je..cute la wei kecik je..cm aku pn ada hahaha...kecik molek..
ni die bbay k.azie


besnya die tdo..xhiraukan kami pn ek..hehehe
cmne encem x saya..hihihi...mst la encem kn..hehehe.gmba mamanya xtgkap pn kan..hihihi.ala gmba kami pn xsempat nk snap...huhuhu..