nuffnang ads

Thursday 22 September 2011

Gmba Raya 2011

gamba raye baru upload...lambat ckit coz baru amik ngn adik.tu pn bape keping je..

rye pertama...




Thursday 8 September 2011

AIDILFITRI

Di antara sunah Nabi S.A.W dalam menyambut Hari Agung umat islam ini adalah dengan yang paling utama iaitu zikir,takbir,tahmid,tasbih dan tahlil.

Banyak berzikir membesarka Allah,bertakbir,bertahmid,bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 syawal.Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian,di masjid,surau atau di rumah bersama keluarga.Bahkan pada zaman Rasulullah S.A.W,takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan,rumah-rumah dan masjid.

Membersih dan mengemas diri

Kita patut membersih atau mendemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas,segak dan bergaya pada hari raya mulia.Dalam hal ini,bau bauan yang harum seperti minyak wangi,minyak atar dan sebagainya juga digalakan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi sunat

Mandi juga dusunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta,bahawa Rasulullah S.A.W mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak masjid.

Makan sebelum menunaikan solat sunat hari raya

Disunatkan juga mkn terlebih dahulu seblum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Bagnda S.A.W makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Mengerjakan solat sunat Aidilfitri

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidilfitri ini adalah solat sunat Aidilfitri.Sunat pula pergi memunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali Bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi.Cuma bagi yanag agak jauh jarak rumaha ke masjid,maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Mendengar Khutbah

Baginda juga menyuruh seluruh umat islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita,tidak kira yang tua atau muda,yang uzur atau sebaliknya.Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada diluar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi 'Atiah dalam Shih Bukhari dan Muslim.

Memakai pakaian cantik dan terbaik

Pada pagi hari raya yang indah ini juga,sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik yang mampu.Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah S.A.W mengenakan pakaian yang terbaik dan cantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam,Aidilfitri dan Aidil Adha.

Ucapan Tahniah dan ucap selamat Hari Raya dan Doa.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat islam mengucapkan tahniah dan selamat,di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan lepas diterima Allah.

SALAM AIDILFITRI

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan telah ke penghujunhnya.Kini Aidilfitri pula telah tiba.Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tnda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan telah berjaya.

Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah.



Namun dalan keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat Islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh islam.

Ini kerana dibimbangi, hari raya yang dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai anugerah kerana kejayaan hamba-Nya beribah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.

Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umai islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya.

Ketika sedang gembira berhari raya,jangan dilupakan pada golongan yang memerlukan.Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Apa yang diharapkan hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.