nuffnang ads

Monday 23 September 2013

raye 2013...

Hari ni baru aku sempat nk buat entri raye 2013 hehe.. Gamba banyak tapi aku letak sikit je hihihi


pagi raye. makan dulu
me n my mum
raye ke4

Thursday 19 September 2013

Jamuan Hari Raya N Besday Staff2 Baucer 2011.


Tadi kemasini balik bloq, terjumpe ni xsempat nk post sebelum ni hahaha.... Pic lama maa tahun 2011 la hihihhi.. Skrg dah 2013 huhuhu..
Layan jela ye. Malas nk update yang baru. y penting bloq aku dah diupdatekan... Dulu2 kami mmg suka amik gamba bersama. Bermula taun ni kami dah kurang bergmba. tak tau kenapa. mgkin sebab masing-masing dah tua kot(tua hihihi) sori ye kawan kawan hahaha.. mood untuk posing2 dah xde.tak banyk kenangan dah sekarang. simpan dalam memori masing masing la ye huhuhu.. semoga kita bersahabat sampai bila bila, InsyaAllah ( Aamiin) 
Kebosanan sambil dengar lagu lagu lama hihi..

LAYAANNN..........









Friday 6 September 2013

Amalan Doa Nabi Daud


Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.


doa2


“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”

Kehendak Manusia Atau Kehendak Allah ???

Saya cuma ingin berkongsi pendapat tentang keutamaan hidup kita. Bagi saya dalam apa pun keputusan hidup kita, kita perlu membuat keutamaan berdasarkan apa yang kita fahami dalam hidup. Dan pilihan itu adalah berdasarkan apa yang kita fahami tentang tujuan hidup.

Antara dua pilihan atau lebih dari dua pilihan, pilihan yang mana lebih menguntungkan untuk membawa kita ke kehidupan yang lebih baik. Bagi kita ummat Islam tentunya berkaitan dengan hidup di akhirat kelak. Maka jika menyentuh tentang kehidupan akhirat tentunya kita mahukan syurga dan jika kita mahukan syurga, pastinya kita hanya mahukan REDHA ALLAH SWT.

Sebenarnya pilihan ini dibuat berdasarkan apa yang telah kita lalui. Pengalaman. Kemudian lihat pula sejauh mana ilmu kita boleh menilai pilihan itu. Kita perlu faham kenapa seseorang penjenayah memilih untuk membuat jenayah. Apakah mereka tidak tahu jenayah adalah satu kesalahan dan dosa? Tapi mereka tetap mahu lakukannya. Ini sangat berkait dengan cara kehidupan mereka. Siapa mereka berkawan dan apa yang mereke telah lalui? Dan semua itu adalah di luar pengetahuan saya.

tumblr_ly8v78g5lz1r3rdlao1_500

Jadi dalam pilihan kita, apa jenis pilihan pun, kita perlu utamakan pilihan yang mendapat redha dari Allah. Pilihan yang tidak melanggar apa yang ditegah-Nya. Pilihan yang menjadikan kita lebih dekat dengannya.Selain dari itu adalah pilihan yang salah.

Dalam membuat pilihan sama ada untuk menjaga hati manusia atau menjaga Allah, tentulah kita perlu menjaga Allah.. walaupun terpaksa menyakitkan hati manusia. Tentulah agama melarang kita menyakiti sesama insan, tetapi yang manakah lebih penting? Redha Allah atau kesenangan hati manusia?
Dalam ketaatan kepada Ibu bapa, agama meletakkan sempadan dalam mentaati ibu bapa. Ketaatan yang boleh menyebabkan kita melanggar perintah Allah adalah dilarang. Maka seorang anak boleh ingkar jika ibu bapa mereka menyuruh melakukan kemungkaran. Seoarang anak wajib menolak permintaan yang melanggar perintah Allah secara baik dan sedaya upaya memperbetulkan keadaan itu, malah jika keadaan masih lagi di luar kawalannya, ambillah keputusan untuk tinggal berjauhan dan mohonlah pertolongan Allah. Allah pasti membantu hamba-Nya selalu mengutamakan perintah-Nya.

Jika seorang lelaki mengajak seorang wanita bercinta seperti yaang berlaku dalam kisah muda-mudi hari ini, wanita itu akhirnya termakan pujukan si lelaki kerana kasihan dan mahu menjaga hatinya. Adakah pilihan wanita itu betul? Adakah pilihan wanita itu selari dengan apa yang Allah mahu?
Akhirnya melahirkan perasaan yang lebih mendalam hingga boleh menjadikan wanita itu melanggar banyak lagi perintah. Adat orang bercinta berdua-duaan, samada secara realiti atau maya. Lumrah nafsu si lelaki akan meminta lebih lagi sebagai ‘bukti’ cinta. Si wanita akan menurut dengan alasan ingin menjaga hati. Namun jelas melanggar apa yang Allah mahu.
Tindakan wanita itu mungkin betul jika si lelaki benar-benar mahu mengahwininya pada masa terdekat. Jika tidak, hubungan cinta yang terlalu lama hanya membawa kemungkaran demi kemungkaran dan fitnah yang tidak akan disedari oleh si pelaku. Ini hanya disedari setelah perkara buruk berlaku. Ketika itu penyesalan adalah sia-sia.

Sememangnya banyak pilihan yang berlaku dalam hidup ini membuatkan kita buntu dan keliru dengan kepelbagaiannya. Namun jika kita membuat pilihan yang mengutamakan redha Allah, maka kita tidak mungkin rugi, lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Banyak pilihan yang menyebabkan kita menyesal di kemudian hari dan sebenarnya kita telah menyedarinya ketika pilihan itu dibuat. Kerana kita berharap pilihan akibat pilihan itu adalah berlainan. Sebenarnya tidak.
Kita boleh membuat pilihan, tetapi tidak boleh memilih akibat pilihan itu.
Kita semua memahami hakikat ini jika kita berpijak di bumi nyata.

Tuesday 27 August 2013

tanda tanda

anda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda saw menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.


5) Munculnya kekejian,

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.


10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani


11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim


14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai


15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu baginda saw bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian Baginda saw menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)


Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Baginda as akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan Baginda as akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan Baginda as juga yang akan membunuh Dajjal.

Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur.

Gempa bumi di Barat.

Gempa bumi di Semenanjung Arab.

Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


Thursday 11 July 2013

Air Mata Ramadhan




 alt

















Tidak ku duga…
Engkau kian menghampiri saat kepulanganmu
Sedang aku baru mulai menghitung ibadah
Rupanya terlalu tipis ibadah yang ku gubah
Saat ini baru ku sedari kenikmatanmu
Saat ini baru ku sedari keindahanmu

Duhai Ramadhan…
Ku akui imanku terlalu halus umpama zarah-zarah yang berterbangan
Ku tahu kedatanganmu terlalu pantas seumpama sambaran kilat
Namun ku tetap terus leka dengan mainan khayalan benakku
Tanpa memikirkan untuk mengatur cara mendakapmu seeratnya
Aku lupa denganmu aku bisa melawan amarah yang menyinga
Daripadamu juga berusaha mendidik rembatan nafsu bisuku
Dan daripadamu juga aku mengenal kondisi diriku yang sebenarnya
Kini baru aku mulai bersungguh menggapaimu
PadaNya ku sujud meratib memohon berjuta keampunan
Atas segala titik dosa yang pernah ku pahatkan padaNya
Air mataku lencun membasahi hamparan sujudku
Mangalir deras menyucikan lorong-lorong kelam dosa
Menyuburkan kebun hati yang tandus baja ketenanganNya
Mutiara jernih itu amat bernilai maharnya bagiku
Kerana ia penawar utama buat sanubari ini
Aku bersyukur di kelewatan keinsafan ini
Engkau suntikkan sinar cahaya kesedaran
Akan ku berusaha meraih fasa ketiga yang Engkau titipkan
Setelah fasa pertama dan kedua yang telah ku abaikan
Ya Allah…
Berilah daku peluang untukku mengkoreksi diri
Walau ku tahu RamadanMu akan berlalu pergi
Berilah ruang dan peluang ku mengecap sekelumit berkat darinya
Aku juga hambaMu yang amat mendambakan malam Al-Qadr
Temukanlah aku dengannya agar ianya bakal menjadi bekal bagiku nanti
Ya Ilahi…
Akan ku pelihara air mata Ramadan ini hingga ke akhirnya
Takkan ku biarkan air mata ini menitis untuk perkara yang sia-sia
Titipkanlah walau secangkir cuma belas EhsanMu kepadaku
Agar ku bisa mewarnai kehidupanku dengan keimanan padaMu
Agar ku bisa pulang dengan penuh rasa kehambaan padaMU
-Allahumma innaka a’fuwwun karim tuhibbul a’fwa fa’fuanni-

Tuesday 21 May 2013

Dunia Ini Terlalu Kecil Untuk Ditangisi


Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?

Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.

 Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
"Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun."

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.
dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.

Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.

Wednesday 15 May 2013

Mengecapi Nikmat Bahagia- copy n paste..

.
Hari yang indah terasa mendung dan kelam. Angin sepoi bertiup lembut namun ia tidak mampu menenangkan hati duka si gadis bernama Sakinah. Langkah yang diatur terasa berat, namun, berat lagi bebanan rasa yang terbuku di hati. Terlalu payah untuk diterjemahkan.
Sesekali hati merintih, mengapakah aku diuji sebegini rupa? Air mata mengiringi setiap langkah kaki Sakinah. Sampai hati kau Rafiq. Sampai hati! Terlalu murah air mata Sakinah kali ini. Menangisi lelaki bernama Rafiq. Ah, kenapa mesti lemah begini? Soalan mengasak-asak fikiran Sakinah namun dia tidak mampu berhenti menangis.
Sakinah terus menangis. Sayu benar hatinya. Lara hati siapa yang tahu. Sesekali ada yang menoleh ke arahnya. Ah, hati aku yang merana! Kau apa tahu? bentak hati Sakinah seolah-olah masalah yang ditanggungnya sangat sulit dan berat.
Sakinah merupakan seorang remaja yang sentiasa bahagia sebelumnya. Dia mengenali Rafiq, seorang mualaf dari luar negara yang lebih berusia daripadanya, melalui mukabuku (Facebook). Siapa sangka rasa suka bertukar kepada cinta. Cinta mereka disulam suka dan bahagia. Namun, adat bercinta, adakalanya ia goyah jua.
Pada Sakinah, Rafiq sangat sempurna akhlaknya dan sangat teguh pendirian agamanya. Ternyata hidayah Allah yang meresap ke dalam diri Rafiq tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan dirinya.
Kadangkala, Sakinah merasa malu kepada diri sendiri. Patuhnya Rafiq kepada ajaran Islam melebihi dirinya sendiri yang dari lahirnya seorang Muslimah. Kepada Allah Sakinah memanjatkan doa semoga Rafiq adalah jodohnya yang tertulis di Lauh Mahfuz. Dia lelaki soleh dambaan wanita.
Sakinah hadir dalam hidup Rafiq pada saat Rafiq mendoakan seorang jodoh untuk dirinya. Pada saat dirinya terlalu menginginkan seorang isteri dambaan hati. Pada Rafiq, Sakinah seorang gadis yang solehah, yang bijak menjaga diri dan teguh pendiriannya terhadap Islam.
Mereka banyak berkongsi ilmu agama bersama-sama. Dia akui, ilmu agama yang dimilikinya sangat cetek jika dibandingkan dengan Sakinah. Rafiq amat bersyukur kepada Allah SWT atas hadirnya Sakinah. Setiap kali usai solat, Rafiq tidak pernah lupa untuk mendoakan agar Sakinah ditakdirkan untuknya.
"Semoga Sakinah diciptakan sebagai tulang rusuk kiriku."
Masa berlalu. Sakinah semakin yakin bahawa Rafiq adalah jodohnya. Walaupun mereka berjauhan namun tiada satu hari pun berlalu tanpa Rafiq. Rafiq adalah segalanya bagi Sakinah. Namun, benarlah, suratan qadar tiada siapa yang dapat menolak.
Suatu hari, Sakinah menerima perkhabaran daripada Rafiq bahawa dia akan menikahi seorang wanita pilihan komuniti masjid untuknya. Sakinah terpempan. Masakan begitu? Bukankah sepatutnya Rafiq menikahi aku? fikir Sakinah berulang kali. Berderaian air mata Sakinah sebaik sahaja menerima perkhabaran itu daripada Rafiq.
Rafiq hanya mampu berserah. "Wahai Sakinah, bukan ini yang aku mahukan. Tidak pernah sesekali aku meminta kepada mereka untuk mencarikan jodoh untukku. Aku sendiri terkesima mendengarkan berita ini. Hati aku masih terlalu cinta kepadamu Sakinah namun ketahuilah, jarak antara kita sangat besar.
"Mana mungkin ku tinggalkan ibu bapaku yang sudah lanjut usianya di sini. Sakinah, ku doakan kau bertemu seseorang yang lebih mulia dariku. Inilah suratan kita. Kau bukan untukku Sakinah. Percayalah, bukan ini yang ku mahukan untuk kita."
Rafiq mengeluh kesal. Sungguh, ini bukan rencanaku, Sakinah. Maafkan aku.
Betapa tegarnya hatimu Rafiq. Apakah nilai aku kepadamu sebenarnya? Ya Rabb, bergetar jiwaku, betapa sakitnya hatiku. Sakinah menangis tiada henti. Masa bagaikan terhenti berdetik. Meskipun pukulan cemeti singgah di tubuhku, tidak akan aku merasa sakit.
Maha hebatnya derita hatiku. Aku dipaksa untuk menerima musibah ini. Ya Allah, mengapakah begini? Sakinah rebah. Tapi, itulah qadar Allah yang Maha Mengetahui. Hampir habis kekuatanku direnggut pergi. Perginya ia bersama-sama Rafiq.

Musim bunga yang indah kelihatan layu. Senyuman tulip telah pergi bersama perginya senyuman Rafiq. Sakinah tahu, tiada guna menyesali takdir Ilahi kerana sememangnya inilah aturan untuknya dan Rafiq. Lantas, Sakinah mengutip sisa kekuatan yang tinggal. Kenangan bersama Rafiq seharusnya ditinggalkan sejauh-jauhnya.
Sakinah harungi jua hari-hari yang kelam tanpa Rafiq. Acap kali terngiang-ngiang senda tawa dan usikan Rafiq. Setiap kali itu juga air mata Sakinah mengalir. Terus mengalir sehinggakan Sakinah sudah tidak berdaya lagi.
Wahai hati, jangan gundah lagi. Akuilah takdir Ilahi. Ya Allah, tidak pernah ku sesali takdir ini. Tetapi Ya Latif, bantulah aku untuk bangun daripada kesedihan dan kekosongan ini. Isikan hatiku dengan cintaMu semata-mata. Ya Rabb, tolonglah aku...
Sakinah mesti bangun semula. Kepada sahabatnya rasa hati dicurahkan. Pesan sahabatnya, "Bertahanlah wahai Sakinah. Percayalah, yang lebih baik menantimu pada masa hadapan. Kita di semester akhir wahai sahabat. Bertahanlah. Sakit itu telah ku rasakan. Mintalah bantuan apa sahaja pasti akan ku lakukan untukmu. Ku punya bahu untuk kau bersandar dan menangis. Menangislah. Hari esok kau bangkitlah semula dengan semangat baru."
Kepada emak, Sakinah menangis semahu-mahunya. Kata emak, "Itu bukan jodohmu, nak. Aku tidak mahu kau meninggalkanku. Jika engkau bersamanya, kamu akan dibawa jauh dariku. Meskipun negara tulip itu impianmu, sesekali jangan tinggalkan aku anakku. Berhati walang diriku wahai anak jika engkau pergi. Jangan biarkan kecewa mengisi hatimu. Percayalah, jika seluruh alam meninggalkanmu, Allah sesekali tidak pernah meninggalkanmu."
Kakak Sakinah pula berkata, "Sis, be strong. We are here for you whenever you need it. Don't forget you have us. We love you very much."
Abangnya juga menambah, "You have to consider his situation. He is a newly converted brother. The mosque people want to help him to safeguard his iman. Marrying is the best way to ensure that. Don't be sad, my sis. You deserve someone better. Someone will come for you one day, insya-Allah. Believe that, sis."
Sakinah terduduk dan menangis lagi. Kali ini tangis kerana bahagia. Inilah hikmahnya. Aku tidak kehilangan apa-apa. Ya, aku kehilangan cinta Rafiq namun ALLAH menggantikan yang lebih baik. Alhamdulillah, syukur kepadamu, ya Rabb. Aku menemui kasih sayang yang lebih asli. Akan ku tempuhi hidup ini tanpamu, Rafiq. Aku tidak berdendam padamu. Doaku untukmu Rafiq, semoga kau menjadi seorang suami dan bapa yang soleh.
Ah. Hati masih sahaja berduka. Bagaimana harus ku lakukan? Lantas, aku mencarimu, ya Rabb. Aku menemui kedamaian melalui solatku, zikirku dan juga selawatku kepada kekasih yang dicintai iaitu Rasulullah SAW.
Aku pelihara auratku dan menjadikan La Tahzan sebagai wadah bacaanku. Aku menyibukkan hari-hariku dengan Kalamullah. Aku teliti maksudnya. Aku jadikan diriku sebagai seorang yang mencintai solat jemaah dan masjid sebagai rumahku yang utama.
Ya Rabb, aku menemui damai di sini. Namun hatiku masih merindui seorang lelaki soleh sebagai suami. Insya-Allah, masanya pasti tiba. Seluruh jiwa ragaku untukmu, ya Rabb. Semoga bahagia ini kekal bersamaku hingga akhir nafasku.
Alhamdulillah, Sakinah kini adalah wanita yang bahagia walaupun Sakinah belum menemui Adamnya. Sakinah bahagia dalam limpah kasih sayang Rabbnya. Inilah cinta abadi Sakinah selamanya.

- Artikel iluvislam.com

PEMILIK HATIKU.......

Aku lukiskan dalam diam
Bahawa hatiku butuh sebuah penghargaan
Yang dijaga dan menjaga
Mata dan hati bernama hamba
Istikharahku kian jelas berbicara
Bahawa inilah keharusan
Mencari yang lebih kekal dan hampir
Sedekat-dekat telingaku
Takkan pernah jatuhkan aku
Takkan pernah lemaskan aku
Bahkan memeluk diriku penuh rindu
Melepaskan bisikan yang berharap
Biar sunyi selamanya sunyi
Hati ku takkan dimiliki
Kerna jiwaku yang mengingini
Melepaskan bisikan yang berderap
Suci tanpa hubung
Sirna bersama cinta Agung
Allahurabbi
Allahurabbul Izzati
Pemilik hatiku
Istikharahku menetapkan segala
Bahawa kanku lepaskan segala
Lalu tawakkal penyambung cerita
Menitislah air mata
Kujatuhkan penuh bahagia
Kuusap penuh rela
Pada cintaku terpelihara
Hadirnya dengan izin Maha Kuasa

- Artikel iluvislam.com

Tip Gembira Sepanjang Hari :-))

Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

Tip Sebelum Membuat Keputusan - copy n paste

Guess if you can, choose if you dare.' -Pierre Corneillie-
 
Roda waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal?
Manusia. Mereka dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka memanfaatkannya? Sejauh mana akal itu digunakan berbanding emosi yang menjadi pilihan? Berbicaranya daku bukan kerana apa, kerana penyakit dalam masyarakat kita semakin melata.
Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam.
Ada bezakah?

Membuat Keputusan

Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.
Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting.
'It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do.' -Elbert Hubbard-

1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.

Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.
Adakah ketika itu kita sedang marah?
Atau sedang sedih? Kecewa? Geram?
Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?
Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?
Kenapa perlu berbuat demikian?
Jawapannya mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi keputusan kita. Tika sedang marah, berapa ramai manusia yang mampu membuat keputusan dengan baik? Tengok sahaja kes cerai yang berleluasa di Malaysia. Puncanya apa? Bergaduh dah semestinya. Cuma, apa yang boleh kita beri perhatian, waktu si suami menjatuhkan talak adalah ketika mana suami itu sedang marah. Marah yang teramat sangat, umpama magma yang meletus menjadi lava.
Membuat keputusan dalam keadaan marah adalah amatlah ditegah. Kemungkinan untuk keputusan kita memberi hasil yang negatif itu amat tinggi. Begitu juga dengan sedih, kecewa dan adik-beradiknya.
Jadi, buatlah keputusan ketika kita dalam keadaan gembira, tenang dan relaks. Sebab minda kita ketika itu lebih terbuka dan rasional. Boleh membezakan yang mana baik dan yang mana lebih baik untuk kebaikan masa hadapan.
Pastikan minda anda dalam keadaan bersedia sebelum membuat keputusan, jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan itu. Pergi ambil wudhuk dan kalau rajin solatlah istikharah. Minta petunjuk dariNya. InsyaAllah, hasil keputusan anda : Positif.

2. Berhenti 'berfikir' tentang pilihan anda.

Berhenti berfikir? Maksudnya? Tidurkah?
Bukan. Maksudnya di sini, ubah sudut pandang kita. Take another look from the other side.
Jika sebelum ini kita berfikir dari sudut rasional dan logik keputusan kita, apa kata kita ambil berat juga bab lain yang berkaitan dengan emosi kita.
Eah? Tadi kata jangan ikut emosi? Hah, macam mana ini?
Begini, emosi adalah elemen yang amat penting untuk manusia. Tidaklah semua emosi itu negatif, walaupun perbualan Melayu ada yang menggambarkan 'emosi' itu sebagai suatu yang negatif, namun emosi itu sendiri pada asalnya adalah positif. Seperti mana salah faham konsep 'couple' dan 'cinta' dalam masyarakat kita. Perkara yang sama terjadi kepada emosi. Kasihan mereka, manusia meninta, mereka merana.
Kita perlu ambil kira faktor emosi kita juga. Dengan kata lain, kita cuba letakkan diri kita dalam suasana tersebut. Adakah kita selesa dengan keputusan kita? Adakah kita gembira apabila keputusan itu dibuat?
Satu contoh, ketika mana kita perlu memilih sama ada hendak pulang bermalam pada hujung minggu atau nak study di dorm. Secara rasionalnya, study di dorm adalah lebih bagus, kita akan dapat ulangkaji pelajaran dan menambah kefahaman dalam masa yang sama meningkatkan lagi kemungkinan untuk dapat cemerlang dalam peperiksaan. Tambahan pula, kita tidak membazir wang untuk tambang dan membazir waktu ketika perjalanan pulang.
Namun begitu, adakah anda gembira dengan keputusan anda? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama tidak pulang, sudah semestinya anda tidak gembira. Lebih malang lagi apabila rasa tidak gembira itu berlarutan sehinggalah masa peperiksaan, sampaikan anda pun dah tak boleh tumpu kerana terlalu memikirkan dan kerinduan. Maka, adakah keputusan yang anda buat berdasarkan rasional itu tadi membuahkan hasil yang positif?
Tidak.
Oleh itu, instead of fikir sahaja, kita perlu hayati pilihan kita. Hayati? Maksudnya, feel lah tentang pilihan kita itu. Sama ada kita selesa atau tidak. Syumulkan sudut pandang anda. InsyaAllah, perkara yang kita selesa itu akan menjadikan kita lebih berusaha untuk melaksanakannya.
'When you base your life on what's in your heart, the majority of your decisions are already made.' -Paul Clark-

3. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.

Senang cerita, optimis.

Nilai keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi diri kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan itu membuatkan orang lain selesa atau tidak.
Sebagai contoh, kita nak study dalam bilik. Jadi kita stay up sampai lewat malam. Lampu pun terpasang, dalam masa yang sama orang lain nak tidur. Jadi adakah keputusan kita untuk study dalam bilik itu adalah keputusan yang baik?
Semestinya tidak.
Setiap orang mempunyai hak, dan ketika itu kita telah merampas hak kawan kita untuk tidur dalam keadaan selesa.
Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari dengan syara'.

 'Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.' -Hasidic Saying-

Ingat, apa pun keputusan anda, buatlah dengan minda yang terbuka dan yang paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana Allah dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.

Thursday 21 March 2013

blog oo blog...lama dah ku tak jengah

  1. dah lama aku tak bukak blog ku ini. nak update apetah lagi kan hihihihi.. hari ni baru ada kesemptan nak jengah blog aku walaupun  sekejap cume.. sebenarnya banyak kisah kisah aku n kami tak di update di sini. bertapa malasnya aku ni huhuhu.. sambil layan lagu ct nurhaliza.. aku memang minat ngn ct ni. cantik, sejuk je bila tengok die n tenang je bila dengar lagu2 die. best suara dia. bebalik ngn citer aku ni. sebenarnya aku nk citer pasal ek. banyak cite, tapi aku tak tau nk mula dr mane hihihi. dah petang2 ni xtau plak nak tulis pe. now, aku masih lg kat ofis. settle kan keje ckit. bila dah bosan dok mghadap fail2 buruk bukak blog jap dan terus update. tapi aku xtau nak citer pasal ape pun. maklum la aku ni xreti sangat beblog ni.

    sekarang aku dah pindah sementara umah k.azie. akak balik kampung berpantang. aku tak cite lagi ni aku sebenarnya dah dapat anak saudara baru. baby girl. comel sgt2. nnt ade masa aku masuk gamba anak saudara baruku(adelia irdina) rindunye kat dorang ni huhuhu. rindu ngan akmal hadif. rindu sangat2 huhuhu. 

    ok la cukup kot setakat ni ada masa aku sambung lagi itupun kalau aku tak bz la kan..sejak 2 menjak ni aku bz ckit (sbb ot kot hehehe)




    p/s : dah nak masuk 5 bulan arwah tinggalkan kami sekeluarga., miss sangat ngan arwah semoga die tenang disana..Al-Fatihah buat arwah Mohd firdaus bin yusoff...(21/10/2012)