Guess if you can, choose if you dare.' -Pierre Corneillie-
Roda waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu.
Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan
yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin
matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti
secara praktikal?
Manusia. Mereka dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka
memanfaatkannya? Sejauh mana akal itu digunakan berbanding emosi yang
menjadi pilihan? Berbicaranya daku bukan kerana apa, kerana penyakit
dalam masyarakat kita semakin melata.
Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau
sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula
kelam.
Ada bezakah?
Membuat Keputusan
Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.
Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting.
'It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do.' -Elbert Hubbard-
1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.
Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.
Adakah ketika itu kita sedang marah?
Atau sedang sedih? Kecewa? Geram?
Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?
Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?
Kenapa perlu berbuat demikian?
Jawapannya mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi
keputusan kita. Tika sedang marah, berapa ramai manusia yang mampu
membuat keputusan dengan baik? Tengok sahaja kes cerai yang berleluasa
di Malaysia. Puncanya apa? Bergaduh dah semestinya. Cuma, apa yang boleh
kita beri perhatian, waktu si suami menjatuhkan talak adalah ketika
mana suami itu sedang marah. Marah yang teramat sangat, umpama magma
yang meletus menjadi lava.
Membuat keputusan dalam keadaan marah adalah amatlah ditegah.
Kemungkinan untuk keputusan kita memberi hasil yang negatif itu amat
tinggi. Begitu juga dengan sedih, kecewa dan adik-beradiknya.
Jadi, buatlah keputusan ketika kita dalam keadaan gembira, tenang dan
relaks. Sebab minda kita ketika itu lebih terbuka dan rasional. Boleh
membezakan yang mana baik dan yang mana lebih baik untuk kebaikan masa
hadapan.
Pastikan minda anda dalam keadaan bersedia sebelum membuat keputusan,
jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan itu. Pergi ambil
wudhuk dan kalau rajin solatlah istikharah. Minta petunjuk dariNya.
InsyaAllah, hasil keputusan anda : Positif.
2. Berhenti 'berfikir' tentang pilihan anda.
Berhenti berfikir? Maksudnya? Tidurkah?
Bukan. Maksudnya di sini, ubah sudut pandang kita. Take another look from the other side.
Jika sebelum ini kita berfikir dari sudut rasional dan logik
keputusan kita, apa kata kita ambil berat juga bab lain yang berkaitan
dengan emosi kita.
Eah? Tadi kata jangan ikut emosi? Hah, macam mana ini?
Begini, emosi adalah elemen yang amat penting untuk manusia. Tidaklah
semua emosi itu negatif, walaupun perbualan Melayu ada yang
menggambarkan 'emosi' itu sebagai suatu yang negatif, namun emosi itu
sendiri pada asalnya adalah positif. Seperti mana salah faham konsep
'couple' dan 'cinta' dalam masyarakat kita. Perkara yang sama terjadi
kepada emosi. Kasihan mereka, manusia meninta, mereka merana.
Kita perlu ambil kira faktor emosi kita juga. Dengan kata lain, kita
cuba letakkan diri kita dalam suasana tersebut. Adakah kita selesa
dengan keputusan kita? Adakah kita gembira apabila keputusan itu dibuat?
Satu contoh, ketika mana kita perlu memilih sama ada hendak pulang
bermalam pada hujung minggu atau nak study di dorm. Secara rasionalnya,
study di dorm adalah lebih bagus, kita akan dapat ulangkaji pelajaran
dan menambah kefahaman dalam masa yang sama meningkatkan lagi
kemungkinan untuk dapat cemerlang dalam peperiksaan. Tambahan pula, kita
tidak membazir wang untuk tambang dan membazir waktu ketika perjalanan
pulang.
Namun begitu, adakah anda gembira dengan keputusan anda? Lebih-lebih
lagi bagi mereka yang sudah lama tidak pulang, sudah semestinya anda
tidak gembira. Lebih malang lagi apabila rasa tidak gembira itu
berlarutan sehinggalah masa peperiksaan, sampaikan anda pun dah tak
boleh tumpu kerana terlalu memikirkan dan kerinduan. Maka, adakah
keputusan yang anda buat berdasarkan rasional itu tadi membuahkan hasil
yang positif?
Tidak.
Oleh itu, instead of fikir sahaja, kita perlu hayati pilihan kita.
Hayati? Maksudnya, feel lah tentang pilihan kita itu. Sama ada kita
selesa atau tidak. Syumulkan sudut pandang anda. InsyaAllah, perkara
yang kita selesa itu akan menjadikan kita lebih berusaha untuk
melaksanakannya.
'When you base your life on what's in your heart, the majority of your decisions are already made.' -Paul Clark-
3. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.
Senang cerita, optimis.
Nilai keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi
diri kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan
itu membuatkan orang lain selesa atau tidak.
Sebagai contoh, kita nak study dalam bilik. Jadi kita stay up sampai
lewat malam. Lampu pun terpasang, dalam masa yang sama orang lain nak
tidur. Jadi adakah keputusan kita untuk study dalam bilik itu adalah
keputusan yang baik?
Semestinya tidak.
Setiap orang mempunyai hak, dan ketika itu kita telah merampas hak kawan kita untuk tidur dalam keadaan selesa.
Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum
membuat keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri. Pastikan
keputusan kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari
dengan syara'.
'Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.' -Hasidic Saying-
Ingat, apa pun keputusan anda, buatlah dengan minda yang terbuka dan
yang paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana
Allah dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.
No comments:
Post a Comment