nuffnang ads

Thursday 8 September 2011

SALAM AIDILFITRI

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan telah ke penghujunhnya.Kini Aidilfitri pula telah tiba.Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tnda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan telah berjaya.

Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah.



Namun dalan keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat Islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh islam.

Ini kerana dibimbangi, hari raya yang dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai anugerah kerana kejayaan hamba-Nya beribah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.

Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umai islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya.

Ketika sedang gembira berhari raya,jangan dilupakan pada golongan yang memerlukan.Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Apa yang diharapkan hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.

No comments: